Tuesday, December 4, 2012

Memori Tahun 2010



 Muhammad Amin Adha ketika berumur  1 hari....
Seminggu selepas itu mak mentua di serang pneunomia dan berada di wad selama 60 hari. Boleh dikatakan hampir setiap hari berulang alik ke hospital ketika itu. Syukurlah mak dari kampung datang membantu dan menjaga anak-anak ketika itu. Terima kasih mak, I Love You Mak.

Dan satu lagi dugaan datang apabila si kecil ini mengalami penyakit kolik (colic). Apabila Amin rasa sakit dia akan menangis tanpa henti selama 2-3 jam. Kadang-kadang 2 kali satu hari, Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Pelbagai ikhtiar di cuba untuk mengurangkan kesakitan.

Kolic ini berterusan sehingga Amin berusia 3-4 bulan. Ya Allah ampunkan dosaku.



Sepanjang tempoh tersebut waktu tidur terganggu. Amin menangis berlarutan hingga jam 2-3 pagi. Pada suatu ketika terpaksa meminta bantuan ustaz johari utk meredakan keadaan. Seperti biasa pada waktu siang bergegas ke wad taiping utk menjaga mak mentua yang sedang sakit. Pada lewat petang baru balik ke rumah. Begitulah rutin harian pada hujung tahun 2010 (cuti sekolah akhir tahun). sampaikan adik yang datang dari kl kata "abang din ni macam gi kerja pulak, siang ke hospital malam baru balik". Isteri dalam pantang n anak (amin) mengalami colic. Ya Allah tabahkan hati ku.

Alhamdulillah along, akak n jannah semacam faham apa yang dilalui.
Tidor nyenyak





Bila bermulanya penggal sekolah 2011, mak mentua dah sihat dan kembali ke rumah. Isteri dah habis pantang. colic amin dah berkurang selepas mendapatkan rawatan di klinik pakar kanak2 di Taiping. Alhamdulillah.

Cukur rambut. Abah je cukur.

amin ketika sihat (tidak colic). Abah tak cukup tidur.

No comments: